....inI AdaLAh CrAyoN waRnA WarNI seCRet tARi KaNAk-kANak MaTEmatIKa....

~~kengkawanz~~

Saturday

jangan

jangan ajar aku terbiasa bercerita kalau satu hari nak berhenti mendengar...
kerana sakitnya hilang tempat mengadu sama rasa seperti sakitnya kulit disiat hidup-hidup..
jangan ajar aku terbiasa bersuka dan bergelak tawa kalau satu hari nak bawa duka gelita...
kerana sakitnya hilang cerah mentari sama rasa seperti sakitnya ditikam panah api..
jangan ajar aku terbiasa menerima kalau satu hari nak berhenti memberi..
kerana sakitnya hilang tempat bertaut sama rasa seperti tulang badan dipatah hancur...
jangan ajar aku berkawan kalau sati hari nak jadi lawan..
kerana sakitnya sama seperti ditikam belakang..

Thursday

kawan

Assalamualaikum

semalam aku nangis jugak akhirnya.  Lama dah tak nangis.  Dah lama.  Setakat mengalir air mata biasa tu la.

tapi semalam hati cukup rabak.  Koyak. 

entahlah sebab sekarang baru aku tahu mana kawan yang sebenarnya. 

Mayya

Assalamualaikum..

well..a lot of things happen.  Stress.  Makin mok.  Makin cantik.  ok cantik is always ada keyh.  well..maybe officially break dengan kareshi.  Even dah bertahun tapi baru kot dia dapat terima hakikat sebab last mesej katanya tq untuk segalanya.  Humm nak kata apa kan takkan nak melompat tergolek terlentang.  So, i just redha. 

Mungkin kalau benda ni baru jadi seminggu dua lepas, aku sekarang dok tertonggeng atas katil sambil nyanyi pergilah sayanggg pergilahhh..

tapi sebab hati ni dah betul-betul kering kontang.  rasa tu sebenarnya dah habis.  Mungkin ada la sedikit rasa.  Yelah bertahun kot bersama.  Eh lain macam lak bunyi.  Okeh laa bertahun bercinta.  Then bertahun gantung tak bertali.  Bertahun makan hati.  Lepas tu bertahun tak mesej.  Bertahun tak jumpa.  Akhirnya bila hati dah luntur rasa sayang eh eh kembali lagi.. maaflah ye hati ni dah beku air batu.  Mungkin cair kalau kena matahari tapi tak mungkin cair dari matahari yang sama lagi. 

by the way, aku sentiasa doakan dia bahagia dengan orang lain.  Itu je.  Lagipun dia baik..Aku tahu dia baik.  Aku cuma doakan dia jumpa yang lagi baik.  Seperti aku jumpa Mayyan.  Dan inshaAllah Mayyan dah jadi yang terbaik. 

Mungkin kareshi pun sama.  Satu hari jumpa Mayya lak kn mana tahu.  ^-^