....inI AdaLAh CrAyoN waRnA WarNI seCRet tARi KaNAk-kANak MaTEmatIKa....

~~kengkawanz~~

Tuesday

cinta kita

Kita jatuh cinta bukan kerana rupa..iya..sebab aku x pernah tengok wajahmu jua...dengar suaramu juga tidak bisa...apa kita pacaran kerana masa? Mungkin juga cinta kita bukan sama..

Aku kenal kau tika kita masih berbeza...kau masih bertuhankan Isa al-masih...dan aku sedari kecil asalnya tunduk pada Yang Esa...

kita berteman lantas diburu sayang...
kau merapati sampai aku terlentang..cinta
tak pernah kenal erti sepi..

kau mula bertapak dalam diam..mengorak langkah mencari Tuhan..sebelum ini hidup mu kering kontang..yang haram bisa kau halalkan..tapi kini kau berjuang..jadi khalifah di bumi Tuhan..

dari antagonis kau jadi pengemis...iya
pengemis cinta Illahi...kau kembali kepada Yang Hakiki...menagih salam yang abadi...

cinta kita mula bersemi..putus sambung hilang kembali..kau pergi aku pergi, hujungnya bertemu lagi...

apa ada jodoh kita kemudian hari?

Bismillahirrahmanirrahim...sambutlah salamku ini...dari timur ke utara...seberangi Laut China Selatan...jelajah bumi Borneo milik tuan..

Wednesday

bus vs ladies

assalamualaikum

dari zaman tok kaduk lagi isu bas tak pernah settle.  bas tak cukup laa...lambat laaa...pape je isu berkaitan bas akan jadi hangat...sebab isu ni tak pernah settle even MPP dah ratusan kali bertukar kerusi....

tapi in the bright side, isu berebut bas ni sebenarnya ada pros dy gak...

percaya tak women are learning martial arts masa berebut bas ni....siyesly happend in yuyuem universiti di rimba hijau..hati2 when u are 'usya'-ing a girl..a kampung girl with baju kurung...a sopan girl talking like bisik-dalam-kelambu-tutup-mulut-pakai-bantal-(soft voice)...be cautious my dear boys..sebab even perempuan tu jalan gelek bontot sampai patah pinggang sekalipun, bila berebut bas kow percaya laa dia orang pertama yang akan sepak terajang kau...and guess what? she is the 1st person ride the bas with -senyum bangga- even tudung senget benget...

how to survive in yuyuem? learn to fight for a bus dear darl...learn to buat muka toya untuk sumbat jugak even ko tengok ruang yang tinggal jaz 5inci x 3inci...insyaAllah ko akan selamat setelah pintu di tutup..

akhir kata, to those yang kerek tak suka berhimpit dalam bas...adios....go to perodua book a viva and bear ur debt...ALONE...jangan susahkan orang lain dengan ko punya mulut puaka tu..jahanam....upppsss..

till meet again..love u

Tuesday

malam

aku buka gambar semalam
masa kau dengan aku masih kanak-kanak riang
sambil dengar Stacy nyanyi Romeo meleret-leret manja
aku pun tak faham kenapa

tapi sayang
sekarang kita dah dewasa
kau dah pandai kenyit mata
aku pun tahu membalas rasa

bodoh mungkin

aku pandang jendela
kain berececeran di ampaian
panas membahang
bumi sedang merajuk
pokok yang ada kau tumbangkan

petanda akhir zaman
kemarau yang panjang
pembenihan awan pun temu kegagalan
hujan rembes macam air garam
masin payau hapak

aku pandang mata kau
teringat musim hujan
kita main memori daun pisang
kau buat-buat kejar aku lari bergelak sakan
macam hati senang

sayang
hari ni kau hilang
tak seperti hari semalam kau pulang
hari ni kau pergi macam pekat malam
tanpa lambaian
kau cuma bilang "aku bukan sayang kau seorang"
bajingan punya orang!