....inI AdaLAh CrAyoN waRnA WarNI seCRet tARi KaNAk-kANak MaTEmatIKa....

~~kengkawanz~~

Sunday

we have our own path





Mata dipejam celik berkali-kali.  Bagai membiarkan air yang bertakung agar turun lalu menghujan lebat.  Automatik tangan kanan digenggam padu lalu ditumbuk ke dada kiri.  Spontan.  Seperti refleksi bagi menghalau rasa sakit dalam dada.  Dan setelah beberapa kali tumbukan dibawa ke dada, esakan yang ditahan sedari tadi jelas terlepas sebutir demi sebutir.  Mula-mula kedengaran seperti orang mabuk todi berjalan tepi pandai sambil menyanyi lagu askar.  Hik! Hik! Hik!

Setelah beberapa saat baru kedengaran esakan paling sedih.  Seperti melepaskan satu kesakitan yang paling dalam.  Paling memedihkan.  Paling memeritkan. 


Tangan yang tadi menumbuk dada memegang kejap birai katil.  Menahan tubuh dari jatuh terkulai.  Dia sedang sakit sekarang.  Sakit hati yang paling dalam.  Walaupun sedari tadi dia menahan.  Tersenyum dan tertawa.  Cuba seceria mungkin walau hati ada kecewa.  Ada keperitan.  Tapi biar hanya dia yang merasa.  Hanya biar dia yang terluka.  Jangan orang lain yang dimasamkan muka.

Akhirnya tubuh yang tadi ditahan jatuh perlahan-lahan dan terduduk lemah di lantai.  Tangisan yang tadi mengesak kasar sudah menjadi sedu yang panjang.  Seperti meratapi sebuah kematian tanpa iman. 

Entah berapa lama dia menangis dan terus menangis.  Sedar-sedar azan subuh dah berkumandang dan mata yang pedih terpisat-pisat ditenyeh berulang kali.  Entah bilamana tertidur tetapi dia yakin tidur ini yang paling nyenyak dalam dua tiga malam ini.  Sudah berhari dia begini.  Hilang pedoman.  Hilang diri yang paling dalam.

Sehingga Maya teman sebelah meja office menganggap dia hilang akal.  Kerana pantang ada yang terjadi dia akan terlebih gembira-gelak sebenarnya- dan kadang-kadang mengalirkan air mata.  Malah Faizul dan Shawn mengatakan dalam masa seminggu dia akan naik ke rooftop untuk menamatkan sebuah kisah tragis.  Dan seperti selalu dia akan mengipas angin lalu mengatakan “Aku waras lagi laaa” seraya terus menyambung ketawa yang tersisa.

Gilakah dia?


Hampir gila.  Sungguh dia hampir gila.  Berhari-hari dia melaluinya sendiri.  Pahit bagai hempedu tambah peria.  Sangat pahit.  Tapi dia cuba cekal.  Meneruskan hari seperti biasa.  Bangun pagi ke pejabat seawal mungkin, sibukkan diri dengan sebarang kerja yang ada.  Keluar pejabat paling awal selepas isyak dan sampai rumah terus tidur.  Tiada lagi midnight movies, tiada lagi check mailbox Gmail ataupun call Zalila sampai lewat malam walaupun setiap malam ayat Zalila akan merungut.

“Kau boleh tak cuba save nombor orang lain selain aku?”

Dan dia akan menjawap sambil tersenyum lebar, “Ila, aku kan sayang kau.”

Namun beberapa hari ini Zalila pula sibuk bermesej sakan kononnya dia sudah melupakan Zalila.  Dan kadang-kadang mesej merajuk Zalila seperti: “Mya, kow dah tak sayang aku ke?” berkali-kali dihantar kepadanya.

Peliknya jika dulu apabila Zalila merajuk dia akan cakap laju-laju, “Ila aku sayang kau seumur hidup  aku.  Aku belanja Marry Brown atas buai ye?”

Dan Zalila akan menagih janji walaupun sudah mencecah awal pagi.  Tapi kini mesej rajuk Zalila dibalas sekadar ringkas yang boleh: “Ila, aku penat” atau “Call u later.  Syg kau.”

Sungguh dia hilang selera.  Hilang nafsu-nafsi untuk bersosial.  Walaupun secara sihat dan selamat.  Dia hilang aturan hidup yang dulu.  Aturan hidup seorang Mya.  Kini dia seperti diculik makhluk asing lalu makhluk asing yang kepala kecik tu telah barainwash otak Mya lalu di-key in- segala data tentang orang lain.  Sebab itu sekarang dia menjadi Mya yang lain. 

Dalam tiga hari ini dia menjadi seorang Mya Suraya yang pasif.  Tersangat pasif.  Ada ketika dia seorang yang sangat blurr-kabur-kelam.  Tetapi kadang-kadang dia menjadi seorang Mya Suraya yang sangat ceria, sangat gila kerja dan dalam tiga hari ini dia menjadi seorang Mya Suraya yang suka memandang keluar tingkap walaupun sambil tunggu lampu isyarat merah bertukar hijau.  Seakan-akan luar tingkap sana ada yang melambai-lambai dia.  Memanggil resah di hati. 

Perlahan-lahan dia menggeliatkan tubuh yang terasa kebas.  Berdetap-detap bunyi sendi yang bersirat lenguh.  Ahh...entah bila dia tertidur sambil menekur ke katil.  Langkah lemah diheret ke tandas.  Membiarkan dingin air pagi membasahkan tubuhnya.  Pergilah hati yang sakit.  Cukuplah menyeksa diri ini.

Usai salam solat subuh, dia memandang tepat ke sejadah.  Pandangan kosong yang tiada apa-apa cahaya.  Hilang segala minat untuk mengira kotak-kotak jahitan pada sejadah seperti usai solat yang lalu.  Hampir setengah jam dia memandang kosong sejadah putih yang terhampar.

Hujung minggu.  Hari yang dia akan keluar ke ampaian sepagi yang mungkin dan meletakkan makanan Dudu-kucing gemuk yang dipungut dari tempat kerja miggu lalu- sebanyak mungkin sebelum dia kembali bertapa dalam bilik.  Dia hilang minat untuk menelefon Zalila untuk mengajak makan nasi lemak dua bungkus atau berjalan di tasik bagi makan ikan sambil makan Twiggies dan Teh ‘O suam. 

Selepas melipat sejadah dan telekung, dia ke dapur.  Membacuh Horlick dan termenung jauh melihat keluar tingkap cermin.  Pak Mail jirannya baru pulang dari surau.  Ayam-ayam Pak Mail saling berlumba-lumba berkokok menagih makan pagi dari reban.  Tersungging senyum di bibirnya bila kelihatan Makcik Senah, isteri nombor dua Pak Mail terkocoh-kocoh lari bila angsa sesat menyudu ke depan mahu merebut nasi basi yang dibawanya.  Angsa liar mungkin.

Makcik Mah isteri pertama Pak Mail juga cepat-cepat lari ke dalam bila angsa yang tadi gagal menyudu nasi sudah beralih minat mahu menyudu Makcik Mah yang sedang menjinjit bakul kain.  Berterabur kain baju yang tertumpah dari bakul merah yang sudah terbalik di tanah bawah ampaian.  Cepat-cepat Pak Mail berlari keluar lalu menghalau angsa dua ekor di halaman rumah dengan selipar jepun Tat Seng biru. 

Akhirnya tawa Mya terlepas.  Ahh...bahagianya mereka walaupun terpaksa berkongsi sayang Pak Mail.  Tinggal sebumbung lagi.  Ya Allah..barakahnya percaturanMu.  Cemburu? Ada juga rasa sedikit terkilan di hati bila melihat Makcik Mah dan Makcik Senah ketawa bersama sambil menepuk-nepuk lengan satu sama lain.  Tiadakah rasa sedih dalam diri mereka bilamana terpaksa berkongsi sayang suami yang diharap setia?

Akhirnya keluhan berat terluah.

Andai aku di tempat mereka...Ya Allah.  Kau uji aku dengan berkali dugaan agar aku tabah bukan?  Maka kuatkan hatiku Ya Rabbi. 

Telefon yang sedang dicas pada plug tepi peti sejuk dicapai.  Dibawa ke ruang tamu.  Mug Horlicks diletakkan cermat atas meja kopi.  Tubuh ditunduk sedikit menjenguk bawah meja bagi mencapai beg tangan hitam kelabunya.  Belakang telefon bimbit dibuka, bateri dicabut dan disusun tepi mug horlicks yang berasap nipis.

Gagahi aku Ya Allahuakbar.....

Bismillahirahmanirahim...

Kad sim biru ditarik keluar dari belakang tubuh telefon lalu tanpa nafas dipatahkan dan dicampak ke bakul sampah hitam di tepi sofa.  Kad sim baru diambil dari beg lalu diganti ke dalam lubang sim yang tergohong tadi.  Bateri dipasang kembali dan dihidupkan.  Mungkin ini yang sepatutnya.  Nafas berat dihela dalam.  Melepaskan rasa pedih yang ditahan.  Sebutir air mata yang turun mencecah pipi diseka.  Cukuplah setakat ini menangis.  Cukuplah...

Ingatan terimbau kembali pada Sarah yang minggu lepas tiba-tiba menelefon ingin berjumpa.  Penting katanya.  Berkenaan Airil.  Dalam fikirannya menerewang wajah lembut Airil lalu sepanjang hari dia tersenyum lebar.  Sehinggalah wajah kelat Sarah ditenung dalam.  Perkhabaran yang sepatutnya gembira menjadi bala petaka.  Bagai halilintar menyambar tepat ke tangkai hati lalu hangus terbakar.  Tinggal debu yang terus dihembus angin.

“I jumpa Seyla.  That girl yang chinese look masa kita study dulu.  U ingat?”

Mya mengangguk laju sambil menyedut lemonade dari gelas tinggi.  “Apa kaitan dengan Airil?”  bodoh! Sangat bodoh bila diingat kembali.  Kalau dia tidak bertanya.  Kalaulah dia tidak gatal pergi menemui Sarah.  Boleh je dia katakan pada Sarah yang dia busy ada deadline proposal.  Pasti Sarah faham.  Tapi bila Sarah cakap ada perkhabaran Airil terus dia setuju.  Tidur tak lena makan tak kenyang.

“Seyla sedang bahagia.  U tak tahu?”

Umm humm..Mya mengguman pendek sambil menggeleng laju.  Cerita la pasal Airil..not Seyla..

“She’s happy.  Told u yaa…she’s dreaming of grand wedding.  By the end of this year.”

“Really??  Great to be her..Bravo bravo!! Dengan sape?”

“Airil..”

Zappp!! “Eh nama sama.  Haha…”

“Sama nama sama tuan.”

“Ha Ha..got me huhh??” saat itu tangan terasa berpeluh.  Dipandang Sarah lama-lama mengharapkan Sarah akan cakap: “Kidding! Haha”

Tapi tak...Sarah diam.  Lalu mengangguk perlahan.  Dia serius.  Sangat serius.  Tidak tipu.

“What the hell sis??”  mata Sarah ditenung dalam.  Kening kiri di angkat tinggi.  Bukan niat nak mencabar sopan Sarah.  Bukan niat nak terkurang ajar.  Tapi tolong jangan diperbodohkan begini.

“Seyla doesn’t know pasal u.  I’m sorry tapi bukan salah dia..”

Mata Mya ditala tajam.  Menebak tepat anak mata Sarah.

“I know Airil.  Dia baik…mungkin bukan salah dia.”

“Then?” terasa getar di suara yang terluah.  Mata panas mata panas!! Ada eyemo??

“Dia tersepit…Dia terima Seyra lepas tahu u dengan Im..but he’s confusing.  I know.”

“Confusing? Have somebody else tapi kenapa terima I?”  akhirnya mata bergenang.  Tak kisah la Sarah nak cakap apa tapi mata dia sudah sarat.  Sungguh hati dia sakit. 

“He love u…tapi bila tahu u dengan Im, dia kecewa.  Dia terima Seyla.  Tapi after dia tahu u dengan Im dah tadapape dia cuba cari u.  Nasib dia baik u terima dia.  Tapi dia dah tak dapat lepaskan Seyla, dan dia tak mungkin dapat bagitahu u pasal Seyla sebab dia sayang u.  Dia tak sanggup hilang u lagi.”

“Sayang tak bermakna dia boleh duakan I macam ni Sarah!” getar amaran kembali keras.  Air mata diseka. 

“Dia tak sengaja..”

“Apa yang tak sengaja?  Duakan I? Tipu I? Promise to marry me? Or tak sengaja buat I jadi orang bodoh depan dia?”

“Mya..listen here..”

“Stop it Sarah.  Dia boleh halang semua ni dari terjadi dengan terus-terang kat I dari awal.  Bagitahu dia dah ada Seyla.  Tak pelu I gila bodoh macam ni.  Percaya bulat-bulat dia hanya ada I !!”

Sarah telan liur yang kelat.  Mya telan liur yang berpasir campur duri. 

“I mintak maaf campur tangan urusan u dengan Airil.  Shouldn’t me yang bagitahu tapi I tak sampai hati…”

“Naa..Thanks Sarah.  I owe u big this time.  By the way, let me handle ours.  Believe me I’ll take care of it wisely.’

Sarah mengangguk perlahan-lahan.  Sekeping not RM50 diletak bawah gelas tinggi.  Beg tangan kelabu dari kerusi tepi di tarik ke bahu. 

Sekeping hati yang dibelai, dijaga sebaik mungkin akhirnya patah.  Pecah.  Berderai.  Dan hancur terus dibawa angin.  Berhari-hari Mya berlagak normal.  Kononnya sikit pun dia tak terasa terkilan diperlakukan begini.  Kononnya dia kuat.  Kononnya dia tabah.  Mampu bertahan.  Tapi hari ini dia rebah.  Dia jatuh. 

Sebab itulah laju sahaja dia membelok ke kiri dari simpang Seven-11 semalam.  Menuju ke pusat bandar dan mendaftarkan nombor telefon yang baru.  Di nekad.  Sudah sepakat.  Biarlah dia yang pergi.  Biarlah Airil hilang jejaknya.  Biarlah dia yang tamatkan segalanya.  Bukan Seyla yang datang lewat tapi dia.  Dia yang mengganggu kebahagiaan Seyla.   Jangan biar Seyla juga terluka sepertinya.  Biar Seyla gembira.  Cukuplah dia seorang yang terseksa jiwa raga.  Biar hanya dia yang putus nafas kerana cinta. 


Terima kasih Airil.  Terima kasih untuk saat-saat yang kita lalui bersama.  Semoga kau menghargai dia..jangan lukakan dia sebagaimana kau lukakan aku.  Aku sayang kau Airil.  Tapi aku tak kuat.  

No comments:

Post a Comment