....inI AdaLAh CrAyoN waRnA WarNI seCRet tARi KaNAk-kANak MaTEmatIKa....

~~kengkawanz~~

Sunday

buatmu

Rindu
Datang menyemai sepi memandang lewah pada terbit bintang sawah
Datang memeluk dinihari berselubung mata hati yang berdarah
Mana mungkin rindu itu bertaut kata andai tepuk cuma sebelah rasa

Mahu di kirim rindu pada angin menghembus bayu
Tapi angin belum limpas lalu
Mahu di pesan rindu pada terataknya diam
Tapi sayang rumah flat bumbungnya milik tuan bukan milik sayang

Lebuk lebam hati lunyai sakit menahan rindu tak berkarang
Rindu ini bukan rindu Dagang Pak Malau
Tapi rindu ini rindu Dayang pada Nak Raja Tuan
Rindu ini,
Rindu rentas Laut China Selatan
Bagai terpisah Santubong dan Sejinjang

Rindu ini mengarai kata menyulam rasa minta bertemu menjadi satu
Melafaz kata keramat terimalah akadku
Tapi mana mampu andai orang tuaku
Masih ada pada mereka kau bukan jodohku
Bagi aku ini bukan zaman dahulu
Wujud lagi cinta hantu antara darjat satu dan seribu

Pintaku padaMu Tuhan yang satu
Andai dia yang Kau turunkan padaku
Dakap kami dalam maghfirahMu

No comments:

Post a Comment