....inI AdaLAh CrAyoN waRnA WarNI seCRet tARi KaNAk-kANak MaTEmatIKa....

~~kengkawanz~~

Wednesday

aku lepaskannya dengan tawakal

..............aKu lepaskannya dengan tawakal..........

"Saya mintak maaf..saya tak dapat teruskan."Auliya melangkah pergi.  Meninggalkan Adam termangu sendirian.  Air mata yang bertakung di hujung tubir mata diseka halus dengan hujung jari.  Langkah yang pada mulanya perlahan makin laju dan akhirnya bertukar makin meluas.  Waja kelabunya pantas dipecut keluar dari ruang legar Pacific.  Air mata yang tertahan tadi akhirnya rakus membanjiri relung wajah.  Hati tak henti istighfar dan mendesis agar bersabar.  Ikhlaskan dia Liya....

Adam memandang cincin belah rotan di hadapannya.  Lama dia begitu.  Terbersit kecewa dihatinya.  Auliya, kenapa denganmu sayang?  Adam meneguk Mocha dua tiga kali.  Ingin mengembalikan fikiran pada dunia nyata.  Rasa terberkas pedih bila melihat Auliya meletakkan cincin pertunangan mereka di atas meja hadapan matanya.  Auliya akhirnya menarik diri.  Maafkan aku Auliya.

Auliya memarkir wajanya di hadapan pondok kecil taman permainan kanak-kanak.  Enjin dimatikan dan lama dia merenung stereng.  Air matanya terus mengalir dan mengalir.  Pedihnya hati saat melepaskan cincin belah rotan tu  hanya Tuhan yang tahu.  “Ikhlaskan hati Liya....dia bukan jodohmu.”masih membersit memujuk hati.  Kalaulah aku tak kenal dia..........

Adam menyentuh cincin belah rotan yang masih belum terusik di depannya dengan hujung jari.  Terasa hati disiat dan dicincang lumat.  Beberapa pengunjung cafe memandangnya silih berganti.  Pelik melihat Adam yang hanya merenung pada cincin emas putih di hadapannya.  Adam meneguk pula Mocha yang hanya tinggal suku cawan.  Kenapa ni Auliya.........Liya kata Liya akan sabar.  Ya Allah....Adam meraup wajah.

Auliya menyentuh jari manisnya.  Bagai masih terasa kemasnya cincin yang meraja di jarinya semenjak dua bulan lalu.  Hanya tinggal sebulan sahaja lagi mereka bakal disatukan.  Tapi mana mungkin dia mampu meneruskan perkahwinan mereka andai...........hurmmm....hati tak mampu meneruskan ayat yang bersambung.  Dipandang keluar kereta melalui tingkap.  Ceria kanak-kanak perempuan dalam lingkungan lima tahun menghayun buaian dengan menguis tanah menggunakan hujung kaki.  Janganlah kamu dewasa anak riang, andai dewasa nanti kamu akan terluka sepertiku.  Auliya bermonolog sendirian.

Adam menolak kerusi ke belakang.  Cincin yang diserahkan Auliya tadi diselitkan dalam poket seluar.  Lengan kemeja yang dipakai terus dilipat hinga ke siku.  Tali leher dirungkai melepaskan kelemasan yang ibarat tersekat di anak tekak.  Terus Adam memecut Vios hitamnya laju.  Perkara ni harus selesai.  Hati dan fikiran sama-sama penat dan pedih.
**
“Apa Liya dah buat ni?!!!Liya nak mama dengan abah malu ke??!!!”suara Puan Ruzana bergema.  Suasana ruang tamu rumah teres dua tingkat itu tegang.  Hanya tunggu masa meletus perang.  Auliya mengokoi ke bawah.  Matanya di tahan dari berair.  Abah memicit-micit dahi.  Muka abah merah menahan marah yang kian panas.  Auliya meramas hujung baju.  Mencari kekuatan sebalik setiap kemarahan.  Abang ngah yang sedari tadi memandangnya hanya berdiam.  Membiarkan mama dan abah melempiaskan amarah.  Kasihan melihat Auliya terkulat-kulat sendiri tapi bukan tak tahu abah macam mana.  Makin kita pujuk makin menggelegak.  Along Su pun hanya berdiam diri.  Turut tersentuh melihat adik dihambur begitu.

“Nanti ibu selesaikan dengan mak ayah Liya.  Mungkin Liya ada sebab kenapa dia lakukan ini semua.”Puan Aisya memandang Adam dalam-dalam.  Hatinya turut terkejut bila Adam meletakkan cincin pertunangan Auliya depannya.  Namun dia kenal Auliya.  Budak tu membesar depannya.  Depan matanya.  Baik buruk Auliya ada kemas dalam poket dia.  Auliya matang dalam setiap keputusan.  Bukan jenis budak yang terburu-buru.  Ke Adam yang main onar ni?  Ragu pula pada Adam.  Aduiii.....Adam pulak disalahkan.  Puan Aisya tersenyum sendiri.  Kasihan Adam..hurmm.

“Liya tak mampu terima Adam sebagai suami Liya.  Liya tak sedia.”Auliya bersuara perlahan.  Matanya cuba menyorot kearah abang ngah.  Meminjam sedikit kekuatan.

“Kalau kamu tak sedia kenapa terima masa Aisya merisik dulu?”abah bertanya lantang.  Melepaskan kekesalan yang menggamit jiwa.
“Dulu Liya..”
“Dulu kamu apa?Kamu tak boleh fikir rasional??”abah dah memintas lantang.  Auliya menguis hujung baju.  Gerun suara abah yang memetir.
“Sekarang ni macam mana?  Sebulan lagi dah tarikh nikahnya.”mama memandang semua mata yang kini menunduk ke lantai.  Kusut....
“Abah akan selesaikan hal ni dengan Aisya.  Kamu sedia ke tak abah nak hujung bulan ni kamu nikah.  Muktamad.”

“Abah..”Auliya memandang sayu abahnya.
“Ini keputusan abah.”

Semua hanya membisu.  Bila abah mula menggunakan kuasa vetonya tiada yang mampu melawan.  Kalau putih katanya takkan bertukar jadi kelabu.  Auliya bangkit lesu.  Melangkah ke biliknya.  Hatinya kaku...bolehkah abah dan mama faham Adam Rayyan bukan jodoh Amira Auliya?  Auliya meraup rambutnya.  Badannya direbah ke katil.  Kaki yang terjuntai ke bawah di hayun membuai.

**

Auliya memandang kad undangan maroon-gold di mejanya.  Tangannya dipanjangkan bagi mencapai kad yang terletak kemas di meja soleknya.

Warkah cinta Adam Auliya
23 MAC 2012

Ya Allah..tabahkan hatiku.  Esok bakal berlaku semuanya.  Bakal menjadi hari bahagia di mana dia akan disatukan dengan Adam Rayyan.  Siapa tahu Adam yang suatu masa dahulu pernah dia cinta separuh mati.  Munajatnya pada Illahi tak pernah gagal untuknya mengukir nama Adam Rayyan bin Haji Lukman dari bibit doanya.  Ibarat Allah Ya Rabbi memakbulkan doanya.  Namun, kini hati yang pernah berbunga dua bulan lalu sudah layu.  Rasa bersalah yang makin menggamit hati memaksanya bertindak luar kawalan.

Sekeping kertas putih diletak kemas atas katilnya yang berhias indah.  Rona maroon-krim menyimbah bilik radunya.  Beg di bahu digalas kemas.  Dengan lafaz Bismillah dia menuruni paip tangki melalui tingkap biliknya yang berada di tingkat dua.  Maafkan Liya mama, abah..
**
Majlis hari itu berjalan lancar.  Kedua belah keluarga juga turut bersetuju bila abah meminta pengantin perempuan ditukar.  Along manis di samping Adam Rayyan.  Sebal hati tak terkira bila hanya terdapat kertas bertulis tangan di bilik Auliya subuh tadi.  Rasa hati hampir melempiaskan api kemarahan.  Anak itu, sudah keterlaluan lagaknya.  Syukur bilamana along tak banyak cakap bila mama merayu. 

Auliya memandang kad jemputan yang diselit dalam beg galasnya.  Sebal di hati tak siapa yang tahu.  Bas yang meluncur laju ke utara tanah air membuat hatinya sayu.  Dipandang ke luar tingkap.  Ingatan tiba-tiba menggamit masa lalu.  Seminggu sebelum Auliya menemui catatan peribadi along Su.  Hatinya runtuh, pecah berderai bak kaca terhempas ke batu yang mana debu-debu kaca itu digilis lalu ditabur ke laut.  Terasa dirinya lemah dan kaki sudah tak mampu berdiri.  Catatan itu yang membuatkan Amira Auliya Mohd Luthfi berubah menjadi insan lain.  Ditarik catatan biru dari beg galasnya dan diselak satu persatu.

Isnin,
“Hari ini aku memandangnya lagi.  Wajahnya tenang dan damai.  Dia menegur aku dan bertanya itu ini tentang kerjaku.  Betapa aku menyayanginya.  Harap esok masih ada sirna untuk aku menemuinya lagi.
Suhana”

Rabu,
“Seperti semalam dia datang lagi.  Bawa lauk pauk yang dikirim ibunya.  Dia menegur aku lagi.  Terasa wajahku merona merah.  Segan dengan dirinya.  Malu yang tiba-tiba membersit hati.  Aku sudah mula menyayangi insane itu sejak kecil lagi.  Adam Rayyan, sedarkah dirimu sayangku ini?
Suhana”

Jumaat,
“Hatiku sakit.  Aunty Aisya datang.  Katanya ada khabar gembira.  Bersamanya ada bekas cincin.  Dan dibawanya khabar merisik terus meminang.  Sayu hati tatkala nama Auliya dikaitkan.  Rupanya cinta antara Auliya dan Adam sudah lama bertaut.  Cuma aku yang pekak dan buta dari menyedari semua itu.  Betapa aku kelu dan bisu.  Menerima berita gembira itu bagai meragut rakus pundak hati.  Berbahagialah adikku.  Akan aku tanam cintaku sedalam-dalamnya.
Suhana”

Selasa,
“Auliya bercerita itu ini tentang Adam dan aku tersenyum.  Entah kenapa hari ini hati begitu kejam hingga terlintas ‘kalaulah Liya tidak wujud.’
Hurmm....kejamkah aku?  Tapi andai Liya tidak ada dalam hidup kami pasti Adam menaruh cintanya pada aku.  Bukankah Adam pernah berkata tingkah aku seperti Liya.  Terasa hati mula membenci Liya.  Ya Allah, jauhkan Liya dari hidupku.  Liya perampas.  Apa budak hingusan yang baru menjejak usia dua puluhan sepertinya mengerti erti menjadi isteri seorang adam??  Galak Liya berbicara tentang mahu menjadi ibu yang mithali tapi fahamkah dia makna seorang ibu yang baik hati?
Ahh....betapa sakitnya hati bila nama Liya meniti bibir.
Suhana”

          Auliya menarik nafas dalam.  Mengeluh dan memandang ke luar tingkap bas.  Maafkan Liya kak long.  Andai Liya tahu takkan Liya meneruskan perkahwinan ini.  Takkan Liya membalas dan mengolah cinta Adam.  Helaian seterusnya di belek perlahan.

Jumaat,
“Semua bercerita tentang jodoh Liya yang datang awal.  Dibandingkan jodoh Liya yang awal kerana Liya tu sejuk tak macam Along,panas.  Semua sukakan Liya.  Itu ini Liya.  Kenapa cela Liya tak ada yang nampak.
Suhana”

          Auliya menelan liur.  Cukuplah setakat itu.  Andai Liya tahu dari awal, semua kesakitan takkan along rasa.  Semua salah Liya.  Dan Liya ikhlas melepaskan Adam jauh dari Liya.  Kerana itu Liya teguhkan hati meninggalkan cincin pertunangan mereka di rumah.  Bersamanya disertakan nota tulisan tangan.

“Maafkan Liya atas semuanya...Liya akhiri semua derita ini dengan ikhlas dan Liya langkah keluar dengan hati yang lapang.  Liya sayang semua.
Amira Auliya”

          Liya ikhlaskan semuanya along.  Semoga berbahagia along dan Adam.  Akan Liya pergi jauh memadam bekas-bekas jejak aliya dari kalian.  Ku lepaskan cinta ini dengan tawakal.

No comments:

Post a Comment