....inI AdaLAh CrAyoN waRnA WarNI seCRet tARi KaNAk-kANak MaTEmatIKa....

~~kengkawanz~~

Tuesday

~~~~~~if only i could be with u~~~~~


 ~~~~~~if only i could be with u~~~~~

Jam di dinding tepat pukul tiga sebelas minit pagi.  Mata dipejam celik beberapa kali. Bosan? Ha’aa....bosan sangat. Ni dah malam keempat tak dapat melelapkan mata.....haishhhh. Teddy brown dibawa ke dada.  Terasa semangat yang tadi luruh beransur tenang.  Semua dah kembali seperti biasa.  Aku dah kembali ke kolej seperti dahulu.  Menghadap wajah lecturer yang dulu.  Kampus yang sama.  Persekitaran yang sama.


Entah kenapa cuti kali ini membawa lagi aku ke sini.  Meratapi sendu malam tanpa sesiapa mengerti.  Seperti kata abah dan mama.  “orang mampu mengatakan apa yang mereka mahu kerna mereka tiada di saat kita jatuh kecewa.  Hanya kita yang mampu bangkit berdiri dan memekakkan telinga agar mereka tahu kita bukan gagal lalu rebah, tapi kita rebah untuk tidak gagal.  Lupakan yang lepas sayang.  Redhainya...”

Hummmm..........kata-kata mama cukup mendalam.  Di saat itu aku masih lagi kaku.  Masih bisu.  Serangan emosi ke atas fizikal lalu menyebabkan penangguhan kuliah selama 1 semester.  Ketika itu aku tenggelam.  Lemas dalam tangisan dan kesedihan.  Hati mana mampu bertahan andai dia yang aku semai rindu dan sayang akhirnya pergi menghadap Pencipta...Kau lebih menyayanginya Tuhan.

Langit malam seakan tersenyum memandangku.  Senyumannya ada di sana.  Di atas sana.  Aku turut tersenyum.  Mengimbau saat bersamanya.  Manis....bagaimana mula berkenalan.  Seperti kisah novel yang tenang.  Saling berbalas pandangan mata sebalik rak di library.  Akhirnya kami bertembung di kafe.   Basah kuyup aku bila air sirap limau dari tray yang ditatangnya jatuh atas kepala ku. Salahku.....

Aku tunduk mengikat tali kasut tanpa menyedari si dia hanya sekaki dariku.  Lalu pranggggggggg...gelas-gelas sirap limau bertaburan di lantai.  Tudung bawal putihku dan jadi pink.  Aishhh!!!!

Gantinya...dua hari selepas kejadian aku dapat satu bungkusan.  Tudung bawal putih.  Bahagia?  Sangat-sangat bahagia.  Tertulis Adam Mikhail pada bungkusan.   Bermula dari situ kami mula menyulam rasa.  Dan akhirnya bercinta.  Satu kebodohan yang nyata telah aku lakukan.  Sungguh....sesalan yang tak sudah.  Akhirnya kisah percintaan kami di hidu abah dan mama. 

Abah memaut bahuku rapat dan mencium ubun-ubunku.  “Qis..kamu anak abah yang paling abah sayang.  Hanya kamu puteri  di antara putera-putera yang abah miliki.  Abah faham rasa hati kamu untuk berkasih dan berteman dengan berlainan jantina padamu.  Cuma sayangku, jawap soalan abah sejujurnya.  Kamu yang abah manjakan dan abah semai dengan ilmu Allah.  Abah sering melepaskan dirimu bebas agar kamu boleh belajar tentang alam Illahi.  Abah meletakkan tanda aras yang tinggi padamu kerana abah tahu dirimu mampu.    Masih belum cukupkah cinta abah buatmu sayangku hingga Qis melabuhkan cinta hati pada dia yang ajnabi padamu?”

“Puteri Balqis...dari kamu kecil abah menyintaimu melebihi abang-abangmu.  Abah mendidik abang-abangmu agar memanjakanmu dan menjaga hatimu. Tidak cukupkah kemanjaan dan perhatian abang-abangmu hingga dirimu mencari perhatian dan kasih sayang lelaki ajnabi buatmu sayangku?  Saat dirimu keseorangan, kesunyian, tiada berteman..bukankah sudah abah ajarkan untuk kamu bersahabat dan berkasih dengan ilmu dan bercinta dengan Dia yang Maha Agung.”

“Sayangku Balqis.  Abah tidak marah...Cuma sayangku apa yang abah lihat tiada faedah yang mampu kamu perolehi dari hubungan yang tidak halal ini.  Renungkan lah sayangku.  Abah tahu kamu dah cukup dewasa.  Jika abah yang tidak cukup dalam membentuk hati dan jiwamu abah mintak maaf anakku.”

Air mataku bergenang.  Khilafnya aku dalam memperjudikan soal hati ya Rabb...bersaksi bulan dan langit kelam aku memutuskan segalanya.  Meninggalkan dia dan cinta kami.  Hanya satu mesej ku hulurkan.

I got nothing when we declare our relationship thou u said i’m ur sunshine and wish me be your lady.  I’m sorry my romeo, since i got my strength now i realise that i’m lost.  I found my love but not u.  I’m sorry romeo, let we finish all what we had face.  I found my true love in Quran.  Assalamualaikum,my romeo.”

Sebulan berlalu setelah mesej terakhir aku kirimkan buatnya, satu rombongan tiba.  Rombongan meminang dari Adam Mikhail.  Abah menerima dengan hati terbuka.  Dan tepat jam 8.45 pagi Jumaat aku di khitbah.  Tempoh sehingga aku tamat belajar dipersetujui kedua belah keluarga.  Getar menjadi ratu buat seorang mahasiswa hebat, mantan MPP serta penerima anugerah cansellor ketika graduasi mampu membuatku rebah tak terkata. 

Bergelar isteri padanya di awal usia.  Aku masih di tahun dua diploma sains politik.  Masih berbaki setahun lagi untuk aku benar-benar menjadi ratu hatinya.  Tempoh khitbah yang dipersetujui.  Dia ke Ireland menyambung pelajaran.  Takdir Allah memisahkan kami apabila Adam Mikhail terpaksa terbang jauh meninggalkan tanah air atas tuntutan ilmu.  Walaupun tidak wajib nafkah padaku tapi akaunku sering bertambah bila cukup bulan.  Itulah adiwira hatiku.

Khabar sepi menyinggah gegendang tika aku baru menamatkan kertas terakhir final semester empat.  Petang yang permai.  Khamis yang damai, hujan rintik-rintik menyimbah bumi.  Adam pulang.  Pulang dengan jasad yang kaku.  Beku dan sejuk.  Tiada darah mengalir melalui salur-salur badannya.  Di sana..di Ireland telah berlaku rusuhan dan kacau bilau.  Ramai terkorban apabila peluru dimuntahkan.  Dan takdir memutuskan segalanya.  Adam disitu.  Di tengah kekacauan itu.  Tiga das tembakan tepat ke jantung menamatkan segala kenangan kami.  Sahabat-sahabat dari Malaysia hanya mampu memangku tubuh longlai Adam Mikhail bin Mohd Shafie.  Hanya kalimah “Allah” diluahkan mulut si dia.  

Akhirnya dia pergi.  Meninggalkan balu di sini, bumi Malaysia.  Meninggalkan Puteri Balqis binti Zulkarnain tanpa sebarang pesan.

Malam ini aku di sini.  Menyulam rindu dan sayang buat dia yang pergi.  Arwah suamiku Adam Mikhail.

“Nanti abang balik Malaysia kita ke Karambunai.” Itu janjinya sebelum pergi menutup mata menemui Tuhan yang Esa.  Dan aku di sini.  Merealisasikan impiannya.  Karambunai yang damai..........

2 comments: