....inI AdaLAh CrAyoN waRnA WarNI seCRet tARi KaNAk-kANak MaTEmatIKa....

~~kengkawanz~~

Monday

karipap air liur

credited


Orang kata cinta tak perlu di ucap.  Bila jodoh dah sampai, hati dah serasi InsyaAllah sampai perkahwinan tu.  Tapi tu kata orang.  Kata aku pulak?  Arghhhhhhhh.....
Kusuttttt........nak kata umur dah tua.  Tak lagi..baru jea lepas syarat dapat rebat telefon pintar.  Dan aku pun kurang faham kenapa mama dan papa asyik bertanya tentang buah hati sejak aku dah mendaftar pengundi minggu lepas.  Tak ke terlalu muda aku nak bercinta cintun ni?  Erghhhh...


Aku pun tak tahu kenapa hari ni aku kat sini.  Dewan Angsana II ni sebagai peserta Seminar Keusahawan Melayu.  Semuanya sebab mulut gatal ni. Cepat je mulut ni cakap aku ada seminar Sabtu ni padahal daftar pun belum gara-gara nak lari dari mama yang berkias-kias mahu mempelawa anak jiran sebelah yang baru balik dari Mesir tu datang rumah.  Bukan aku tak tahu taktik mama tu.  Ajak orang makan tengah hari kat rumah sebab nak aku usya-usya takut jatuh hati.  Hummm.  Bimbang betul dia aku lewat kahwin macam kak Mar dan abang Syam.  Alaa kak Mar tu bukan lewat pun.  Umur 28 standard lar tu nak kawen. 

Sesi pertama seminar ada cerita pasal selok-belok perusahaan dari doktor apa-entah-nama-dia.  Aku dop menguap je dari 20minit mula tadi.  Dah la dewan ni sejuk tahap Giga.  Arghhhh....kesian sel nano aku nak menahan tahap pembekuan sejagat ni.  Erghhh
Nasib baik lar aku dop betul-betul belakang tiang.  Alhamdulillah cantik jea aku lentok sampai lar aku dengar kakak sebelah aku tepuk tangan sekuat alam.  Ehh dia ni tepuk tangan kat telinga aku ke?  Cehh...jeles lar tu aku boleh tidur dia tak boleh...huhhh

Tea break 30 minit  tu rasa macam heaven je.  Aku dah bedal 3 cawan kopi pekat dengan lima ketul karipap.  Mamat yang dop kat hujung tangga tu tengok aku macam tak pakai baju.  Erghhh...aku pandang dia balik macam dia  pakai stokin kat kepala.  Huhhh...rasain lowh.  Apa aku kisah nak tengok ke nak kirim salam ke apa ke.  Aku bayar yuran kot datang seminar ni.  200 hengget taw??

Memandangkan aku dah tak boleh terima kata-kata moderator kat dalam tu jadi aku akan manfaatkan yuran aku tu dengan menolong habeskan makanan kat sini.  Mamat baju biru tu tengok aku lagi dengan muka kesian macam aku kebuluran 18 tahun  lepas aku amik lak kuih ketayap tiga ketul.  Aku renung dia tajam-tajam macam nak keluar laser dari mata.  Akhirnya dia masuk dewan.  Hehe...tahu pun takut..

Bila masuk dewan aku tengok tempat aku tadi dah ada yang duduk.  Eishhh...cari tempat lain lar.  Geram aku.  Bila jenguk-jenguk akhirnya AJK seminar tu panggil aku duduk kat kerusi tepi dekat pintu keluar belakang.  Bagus gak ni kalau mengantuk sangat aku fly je kot pintu tu.  hehe..sesungguhnya Allah menyayangi hambaNya yang ini.  Baru jea aku menselesakan diri atas kerusi tiba-tiba ada orang duduk sebelah aku.  Alamakaiii..pakcik baju biru tadik lar...aishhh apa punya seminar nie tak asingkan muslimin dengan muslimat??  Pergaulan bebas ni..eishhh.  Ni lau aku report kat papa ni ada dia bising ni.  Kecoh lar nati 1 dewan ni dia tazkirah.  Hehe....

30 minit pertama aku tengok pakcik baju biru tu keluarkan note pad sebesar buku latihan sekolah adik aku.  Dia tarik pen biru Faber Caster 0.5mm dari poket baju lepas tu terus sketch something.  Ooo...dia bosan kot.  Ouh pakcik...kita senasib jea.  Sobsobsob~~

Ralit jea aku tengok dia sketch mula-mula macam contengan biasa lepas tu jadi muka sorang perempuan bertudung.  Imej dari sisi.  Lawa.  Serius lawa.  Lepas tu aku tengok pen dia berhenti lama.  Aku pun tengok muka dia.  Gulps...dia tengok aku.  Hehe..aku sengih jea lar.  Obvious sangat kot aku dop tenung lukisan dia.

Aku pun tengok depan.  Buat-buat tak tahu kat pakcik tu.  lepas 10 minit mata aku dah layu.  Hukhukhuk.  Kesian mata dan telingaku terpaksa menghadapi ceramah-ceramah yang tahap gaban kebosanan nie.  Aku cuba rendahkan sedikit badan ke bawah.  Macam lawa je posisi ni untuk tidur sebab orang depan aku badan dia macam lebar siket.  Amat sesuai aku yang bersaiz s ni nak menyorok kejap.  Aku pun pejamkan mata bagi tenangkan fikiran.

            Lepas tu aku rasa orang dop tonyoh kepala aku dengan benda tajam.  Aku tepis lar.  Ni mesti adik lar ni..eiiii.  Budak sorang ni tak boleh tengok aku tenang.  Ada jea nak mengacau tu.  Tapi bukan aku kat seminar ke tadi??  Err...agaknya la.  Aku cepat-cepat bukak mata.  OMG!!!  Aku pandang pakcik tepi aku, dia pandang aku macam nak tembus dahi.  Elok jea kepala aku atas bahu dia. 

Hukhukhuk..bukan kat tepi bahu tapi betul-betul atas bahu.  Aku terus angkat kepala lepas tu sapu mulut.  Ehh  ada air liur lak.  DOUBLE OMG!! Malunya Liya.  What I’ve Done???sobsobsob.  dan masa tu jugak lar orang depan aku angkat tangan.  Spontan badan aku tegak dan tangan aku pun terangkat ke atas.  Ouh perasaan malu masih menebal.  Pakcik baju biru tu masih tengok aku lagi.  Mesti dia marah sebab air liur aku meleleh atas bahu dia.

Dan masa tu jugak lar moderator depan tu tunjuk jari telunjuk dia kat aku.  Eh??nape???
Apekes????

“Ya cik yang pakai tudung biru belakang tu.”semua mata memandang aku.  Seluruh dewan memandang aku.  Dan kakak AJK tu pun cepat-cepat bawak mikrofon hulur kat aku.  Apa nie..apa nie...apa nieeeee...............................

Ehehmm..aku betulkan suara dari dalam tekak.  “err  boleh tak ulang soalan tadi.” Aku tengok encik moderator kat depan.  Dia pun cakap lagi.  Aku tak tahu kenapa tapi aku tak faham apa dia cakap.  Aku hanya faham dia tanya apa cara nak kawal stress untuk entrepreneur.  Aku tarik-tarik hujung baju kurung dengan tangan kiri.

“err...pada pandangan saya,  stress nie kita tak boleh ikutkan sangat.  Kita kena kawal melalui dalaman.  Baru meniaga tu rasa mudah je.  Kita kena berfikiran positif lar pendek kata.”

“Maksud fikiran positif tu cik?”

“errr..umm...macam ni.  Analogy dia macam ni.  Katakan kita pergi satu seminar, lepas tu ada orang sebelah kita tertidur atas bahu kita sampai air liur meleleh.  Kita tak boleh lah marah dia.  Secara positifnya kita kena fikir, mungkin semalam dia tak tidur jaga anak dia sakit ke demam ke.  Jaga suami dia asma ke, dia penat sebab cirit ke.  Kita tak tahu kan.  Sebab tu kita kena positifkan fikiran.  Sama lar macam dalam keusahawanan ni.  Kalau kita tak ada customer sekali, jangan kita fikir kita gagal.  Tapi positifkan diri dengan kata, esok aku akan jadi lebih baik dari hari ini.”
           
Moderator tu gelak dengar aku cakap macam tu.  “Yess..tu lar yang i nak sampaikan dari tadi.  Terima kasih yer cik tudung biru.”

Aku pun duduk urut dada.  Arghhhh....legaaa
Lepas tu aku pun tengok pakcik sebelah aku.  Muka dah tak tegang macam tadi. 

“So, awak cirit lar tadi?  Sebab tu lapar dan penat?”pakcik baju biru tu tengok muka aku.  Dan aku lak spontan mengangguk..aduhh....Liya yang lurus bendul.  Dia cuma tersenyum lepas tu sambung sketch lagi.  Aku tengok dah ada 3 lukisan.  Mesti lama aku tidur tadi.

Bila habis je seminar tu aku angkat beg sandang ke bahu.  Tiba-tiba pakcik baju biru tu ketuk lengan aku dengan aku dengan pen dia.  Dia hulur gulungan note pad kat aku lepas tu terus blahh.  Aku terus terduduk lepas bukak gulungan tu.  Ya Allah....terasa air hangat mengalir ke pipi.  Subhanallah...

Ada lakaran wajah aku tengah tidur dan notakaki. 

p/s--To miss hijab biru...

Boleh saya jumpa mama papa awak?  Tak pernah ada perempuan yang menarik hati saya hanya kerana karipap dan ketayap.
Amier Qarish, ur Cairo’s neighbour

 ~~cahaya's imagination~~

No comments:

Post a Comment