....inI AdaLAh CrAyoN waRnA WarNI seCRet tARi KaNAk-kANak MaTEmatIKa....

~~kengkawanz~~

Tuesday

terima kasih sayang

---2012---

10.30 malam

"assalamualaikum sayang.."........
"waalaikumsalam....".............


9 tahun lepas~~



---2003---

"Saya sayang awak."  Umar tenung wajah gebu Nia sedalamnya.  Niat nak mengusik.  Wajah Nia yang putih melepak merona merah.  Namun gadis itu masih berlagak selamba.  Nasi lauk ayam masak lemak terus menerus disuap ke mulut.  Umar yang bertentangan ibarat tak wujud.  Kafe yang tadi lengang dah mula penuh.  Kelas sesi pagi baru tamat.  

Umar melonggarkan tali leher yang mengcengkam kolar baju.  Rimas.  Di pandang lagi wajah Nia.  Tangan kanan gadis itu sedikit terketar menjamah nasi.  Umar tersenyum lebar.  Usikannya seakan menjadi.  Namun Nia tetap membisu.  Umar sedikit resah memandang Nia yang masih dengan riak selamba.  Seakan-akan kepak ayam masak lemak kat pinggan plastic dengan nasi sejemput tu dah bawa roh Rania Suhaila terbang tak pulang-pulang.

“Nia.....saya sayang awak.”  Umar menekan suara.  Kesabaran lelaki itu dah tamat.  Nia seolah menggugat hati.

“Nia menjilat hujung jari satu persatu.  Pinggan plastik oren yang dah licin dibawa ke besen.  Lama Nia membilas tangan di sinki.  Berharap bila dia berpaling Umar dah pergi.  Tapi hampeh....Umar masih setia menunggu.  Perlahan-lahan Nia melabuhkan duduk.  Air mineral diteguk perlahan.  Kedua-dua tangan diangkat ke depan dan mengaminkan doa sesudah makan.  Lepas keringkan tangan dan lap mulut, Nia pandang Umar.

“Apa awak cakap?”  Nia buat muka innocents.  Terkebil-kebil Umar memandangnya.  Lelaki di hadapannya menggeleng perlahan.

“Saya sayang awak.  Saya nak kawan dengan awak.  Nak awak jadi yang special.”  Umar menjawap lembut.  Hatinya dah mendidih.  Bermain dengan Nia memang memerlukan kesabaran.
“Terima kasih.”  Nia menarik beg sandangnya ke bahu.  Botol air kelabunya diselit ke sisi beg.  Dia memandang Umar tanpa perasaan.  Satu persatu diperhatikan.  Rambut Umar cantik,  mata dia kuyu jea tapi lembut.  Muka Umar manis, sejuk hati tengok.  Bibir dia cerah.  Umar tak pernah smoking.  Bibir dia nampak basah, cantik.

“Trial hari tu dapat berapa?”  Nia menyoal dengan tiba-tiba.  

“Haa??!!”  Umar kelihatan kaget.  Dipandangnya Nia dengan mata luas terbuka.  Apa kaitan result aku lak??

“Trial SPM dapat berapa?”  Nia mengulang tanya.

“Ouh..ehemm.”  Umar berdehem kecil.  “Saya dapat 9 je.  Add math saya B la....”  dengan muka separuh riak Umar memandang Nia.  Siapa tak kenal Umar.  Among top five students. 
Nia mengangguk kecil.  Tangan kirinya diseluk ke dalam poket baju kurungnya.  Gula-gula caramel dikeluarkan.  Sticky candy kecil tu dikemam ke dalam mulut.  

“Study okey?”  Nia menghulurkan caramel candy kepada Umar.  Dengan tak malunya Umar menyambut sambil tersengih-sengih.  

“Okey.”  Pantas Umar menjawap.

“Bagus lar.  Oh ya, thanks sayang saya.  Sebagai manusia memang wajib untuk kita sayang sesama saudara Islam.”  Nia mengangkat buku fizik dari meja.  Sticky candy kedua dimasukkan ke dalam mulut.  “5 tahun lagi kalau saya jumpa awak lagi, saya akan pertimbangkan untuk masukkan awak dalam list hati saya.  Sekarang dah penuh.  Maaf ye.  Assalamualaikum.”

Ternganga mulut Umar.  Allah...........ni kea hati Rania Suhaila??  masyaAllah.  Sabarkanlah hati ni.  Patut la ramai yang mengeluh bila sebut pasal Nia ni.  Aishhhh!


---2006---

“Assalamualaikum Kak Sal..”   Nia melabuh duduk sebelah Kak Sal.  Petang-petang bersantai tepi gelanggang ni best gak.  Angin sepoi-sepoi bahasa.  Aii...tenangnya.  

“Waalaikumsalam.  Nia dari mana?”  Kak Sal mengelap manik peluh yang merintik ke dahi.  Baru lepas berhempas di tengah court basketball.  

“Dari kafe tadi.  Miya ajak teman dia makan.”

“ouh...”

“Kak....saper ye yang azan asar tadi kat surau?”  Nia menghulur air mineral kepada Saidatul yang baru menuju kearah mereka.

“Qayyum lar yang azan tu Nia.  Budak medic.  Sama tua dengan kita tu.”  Saidatul yang menjawap bila Kak Sal menggeleng.

“Ouh...Nia ingat ustaz mana.  Lain sangat suara dengan Abang Afiz tu.”  Nia menguis daun kering di hujung kaki.

“Kalau Nia nak kenal dia datang lar tarannum tiap Jumaat kat surau.  Dia ada.”  Saidatul mengusik.  Pipi Nia dah merona merah.  Kak Sal turut tertawa.


---2007---

“Umar pass sini!!” Fairuz menjerit dari hujung gelanggang.  Bola dari kaki Umar melayang tepat melalui belakang Rayyan ke kaki Fairuz lalu terbang membolosi gawang melalui atas kepala Syed.

“Yes!!!”  Umar dengan Fairuz dah melonjak.  Walaupun hanya empat orang yang main riuhnya melebihi satu team bola sepak.  Court futsal lengang.  Ramai yang pulang bercuti ke kampung.  Geng futsal diorang pun berkurang bila tiba cuti yang lebih lima hari.  Pakat nak berehat kat rumah.
Syed dah berbaring di tepi court.  Penat.  Rayyan turut terbaring berbantalkan perut Syed.  Peluh yang menitik di dahi diraup dengan kolar baju.  Lencun jersi biru laut dengan peluh yang merencik.
Fairuz dan Umar masing-masing bersandar ke tiang gol.  Fairuz menghulurkan Revive isotonic kepada Umar.  Dengan lafaz Bismillah air dari botol direguk cepat.

“Eyoh..kau kenal tak budak perempuan yang jadi ketua projek insaniah kat Pulau Langkawi hari tu?”  Umar membuang pandang ke tengah padang.  

“Yang mana ek?”  Fairuz meneguk Revive hingga separuh botol.

“Yang pakai spek ada lesung pipit sebelah kiri tu.”  Umar picit-picit hujung kaki.  Lenguh.

“Tu la Ila.  Sekelas dengan aku dalam kelas mandarin.”  Syed bangun lalu mencapai air mineral dari hujung kaki.

“Suhaila ke?  Baik budak tu.  Budak Electrical dengan kau kan Yayan?”  Fairuz menolak bahu Rayyan.  Rayyan hanya mengangguk.

“Kau tanya nape?  Minat ek??”  Syed mengusik.  Umar hanya tersenyum tawar.


---2010---

“Assalamualaikum.  Suhaila kan?”

“Waalaikumsalam...ha’aa saya.  Awak Qayyum?”

Redup petang di hadapan surau ibarat mengalirkan semilir bayu laut.  Program anak angkat di perkampungan orang asli menjadikan mereka ketua dan penolong projek.



---2012---

08.30 pagi

“Aku terima nikahnya Rania Suhaila binti Saifullah dengan mas kahwinnya RM28.50 tunai.”


10.30 malam

“Abang ingat tak saya pernah cakap ‘5 tahun lagi kalau saya jumpa awak lagi, saya akan pertimbangkan untuk masukkan awak dalam list hati saya.’?”  Nia merenung dalam wajah Umar.

“Bila?”  Umar memegang jemari runcing Nia.

“9 tahun lepas.  Kat kafe sekolah.  Abang cakap abang sayang saya.”  Nia tersenyum lembut.

“Ya Allah.  Abang betul-betul lupa.  Subhanallah....”  Umar meraup muka.  Nia......gadis comel yang selalu makan sticky candy masa tingkatan 5 dulu.

“Kali kedua kita jumpa abang tetap tak ingat saya.  Tapi saya cam abang.”  Nia senyum makin lebar.  Umar mengerutkan dahi.

“Masa kat USM.  Kita terserempak kat tangga surau.  Saya cam abang tapi abang ta kenal saya.  Hari tu abang azan asar.  Saya tanya kawan-kawan nama bilal hari tu.  Mereka cakap Qayyum.  Saya terus ingat nama abang Umar Qayyum.”  Nia menarik tangan Umar ke pipinya.

“Lepas tu abang jadi exco logistic program anak angkat kat Langkawi bawah saya.  Walaupun banyak kali kita jumpa abang tetap tak ingat saya.”

“Subhanallah..masa tu abang tahu nama sayang Suhaila je.  Abang betul-betul tak cam sayang.  Dulu comot sangat.”  Umar tersenyum lebar.

“Masa abang tegur saya depan surau untuk meeting program perkampungan orang asli pun abang tetap panggil saya Suhaila.  Saya pelik bila abang tak ingat saya.”

“Abang ingat Nia.  Tapi dulu lain.  Abang ingat Nia form 5 dulu comot.  Suka makan sticky caramel candy.  Bawak beg sandang warna brown ada gambar mickey.  Kat kampus lain.  Yang abang nampak hanya Suhaila.  Lawa, tegas, bijak.  Cuma satu yang sama.  Lesung pipit belah kiri.  Tiap kali abang nampak sayang kat kampus, abang ingat kat Nia masa sekolah yang reject abang.  Tak sangka orang yang sama.”  Umar mengusap pipi Nia.  

“Abang tau tak...saya dah jatuh hati kat abang masa hari first saya daftar sekolah tingkatan 4 lagi.  Hari tu abang bagi saya sticky caramel candy nak pujuk saya menagis sebab ada budak sorok kasut saya dalam tong.”  Nia tertawa kecil.

“Ya Allah.  Sayang la yang menangis kat tangga surau tu sebab hari first daftar sekolah tapi dah kena buli?”  Umar tergelak kecil.  “Tapi kenapa reject abang masa abang mintak kawan dulu?”

“Saya tolak abang kerana Allah.  Allah telah menjodohkan kita 9 tahun lagi dari detik hari tu.  Saya hanya menunggu lafaz yang sah dari bakal suami saya.  Saya menjaga diri dan hati saya dari disentuh cinta tak pasti.   Untuk suami saya.”

“Alhamdulillah.  Ya Allah.........terima kasih sayangku..”



~~~~~~~~~~~~ni jaz rkaan cahaya...tiada kena mengena dengan saper2 ye....andai ada tersalah silap mohon maaf sangat2~~~~~~~~~~~~~~

No comments:

Post a Comment