....inI AdaLAh CrAyoN waRnA WarNI seCRet tARi KaNAk-kANak MaTEmatIKa....

~~kengkawanz~~

Thursday

TINTA DIANA IMAN




Muka diraup berkali-kali.  Bagai tidak percaya.  Tubuh kaku di depan mata ini milik dia.  Tubuh kaku di depan mata ini bernama Muhammad Hamdan Furqan.  Tubuh kaku di depan ini pernah mengukir kasih bersama.  Pernah melakar ceria dan sayang.  Berat hati? Amat berat...

“Kakak..dah lar tu yer.  Orang dah tunggu dah tu.”    Imran tarik bahu aku.  Tubuh ni hanya menurut.  Membiarkan Imran memaut kedua lenganku.  Mata-mata yang merenung langsung tak ku peduli.  Yang aku tahu adalah orang ramai dah bawak dia pergi.  Berat hati ni.  Berat sangat.  Dan baru terasa air hangat mengalir dari pipi.  Kedua lutut bergetar hebat.  Dan bila dah jauh dia pergi, baru hati ini meletup.  Air mata makin merembes deras.  Imran gagah memaut kedua lenganku.  Apa yang mampu aku luahkan adalah.....”Abang....”
~~~~


Mengimbau kembali saat mula-mula kenal dia.  Di kem kemahiran hidup masa form 5.  Bermula di mana waja silver mama berhenti di petak parking tepi Gen 2 silver ayahnya.  Dia memandangku dari awal hingga akhir.  Dia terkekek ketawa bila aku menangis teresak-esak tak mahu mama meninggalkan aku sendiri di kem Terendak tanpa sesiapa aku kenal.  Berbakul marahku pada abah yang tanpa pengetahuanku mendaftarkan namaku untuk program tersebut. 

Baru sehari di kem aku dah dipulaukan.  Siapa lar nak kawan dengan budak manja macam aku ni.  Baru sehari dah hampir 15 kali aku call mama.  Tak tahan!!! Macam mana aku nak bertahan 10 hari kat sini???  Hari ketiga dia datang menyapaku.  Masa tu waktu makan tengah hari.  Aku baru duduk kat tempat biasa.  Kerusi batu hujung tapak khemah. 

“Diana Iman kan?” terkejut?  Amat terkejut.  Camnea dia tahu nama aku? Tanpa segan dia letak pinggan dengan gelas dia kat atas meja aku.  Dan perbualan kami meleret sampai lar hari akhir.  Dia temanku dan aku temannya.  Aku dah boleh bergaul dan kerana dia yang mencabar, akhirnya aku beranikan diri menegur kawan-kawan perempuan yang lain.  Walaupun malu dan takut tapi akhirnya aku boleh geng dengan Dhia dan Nini. 

Ingat lagi aktiviti night trail.  Bagaimana aku terjatuh kerana tersadung dalam air dan kasutku tercabut.  Aku dah hampir menangis.  Dalam gelap malam aku teraba-raba menyuluh kasut.  Hujan pun bagai tak mahu berkompromi.  Makin lebat dan aku dah jangka kasut aku dah hanyut.  Dengan kasut hanya sebelah aku terus berjalan dalam ladang kelapa sawit trek night trail sejauh 5km.  Baju hujanku dah carik masa jatuh tadi.  Akhirnya air mata mengalir jua.  Aku hampir meraung di tengah ladang tu dan terus duduk bersila.  Aku tak larat lagi nak melangkah.  Kaki sakit, sejuk dan aku dah mula takut bila terasa hujan makin lebat.

Aku masih ingat lagi tiba-tiba dia datang menghulurkan baju hujannya kepadaku.  Dia tercongok membuka kasut belah kananku.  Dan masihku ingat dia menyarungkan kasutnya padaku.  Dia suruh aku berjalan dengan kasutnya dan dia hanya berstokin meredah ladang kelapa sawit dengan hujan lebat mencurah.  Sampai di checkpoint terakhir kakinya luka-luka sebab meredah duri.  Dan paling sebak aku rasa malam tu adalah saat tiba-tiba dia jatuh pengsan depan mataku.  Rupa-rupanya dah sejam dia berdiri dalam hujan tempat dia merapatiku.  Menanti giliranku melalui jalan tersebut.  Dia bimbangkanku.  Dan bayangkan dia meredah hujan sejauh 5km tanpa raincoat sebab bagi kat aku.  Dia sejuk tapi dia tetap mengalah untuk aku.  Aku dah mula sayangkannya. 

Balik dari kem Terendak kami masih berhubung.  Selepas SPM aku dapat tawaran ke United State.  Dan dia pula menyambung pengajian peringkat Master di UM selama dua tahun.  Setahun aku di united state mama khabarkan berita lamaran dari Malaysia.  Aku tersentak.  Winter di United State menjadi saksi aku sujud syukur pada Illahi.  Seminggu selepasnya sebentuk cincin belah rotan sampai ke rumah sewaku.  Sebagai tanda sebelum majlis akad.  Mama meyakinkan aku sebulan selepas aku grade kami akan disatukan.

Lima tahun di United State membawa aku pulang ke Malaysia dengan segunung harapan.  Membawa aku pulang dengan satu hasrat.  Hasrat yang ingin kutunaikan sebelum aku kembali ke State mengikat kontrak dengan syarikat bursa saham disana.  Hasrat yang aku simpan sejak umur baru menginjak 16 tahun.  Aku ingin mencium tangan dia.  Tangan Muhammad Hamdan Furqan.  Ingin aku menyimpul sayang buatnya.  Sayang sebagai suamiku yang sah.

Setibaku di airport, sepupuku, Imran menjemput.  Tapi bukan terus ke rumah.  Imran hanya memecut ke hospital.  Katanya ada yang menanti.  Uittt!!  Takkan Imran nak jdohkan aku dengan doctor kat hospital tu lak.  Tau lar ramai kawan-kawan dia tu doctor.  Dah lar encum kawan-kawan dia ni.  Aku cuba tenangkan hati.  Bair jauh di sudut hati tak putus doa jangan lar apa-apa terjadi pada keluargaku Ya Allah.

Sampai di ruang kecemasan mama terus memelukku.  Abah turut datang memelukku.  Mencium ubun-ubun aku.  Ditiupnya berkali-kali ayat-ayat suci Al-Quran.  Aku masih kelu.  Bingung.  Mama memimpin tanganku ke satu katil.  Imran dan abah menurut dari belakang.  Dan mama tarik kain putih yang menyelimuti wajah penghuni katil suram itu.  Hanya mataku yang berkelip tapi rohku terus melayang.  Dia disitu.  Kaku dan bisu.  Keras tak bergerak.  Itu dia.  Aku yakin itu Muhammad Hamdan Furqan.  Dia yang baru menelefon berjanji untuk menjemputku dari KLIA.   Ya Allah.  Hatiku pecah.  Sakit.  Pedih. 

Dia diserang ketika berjalan keluar dari pejabatnya menuju ke kereta.  Dua tikaman di perut dan satu tusukan tepat ke jantung membuatnya terkulai di hadapan pintu keretanya.  Dompet dan telefonnya dirompak.  Pihak polis mengesyaki penagih dadah yang sering berkeliaran di kawasan pejabatnya.  Sampai di hospital tubuhnya dah teramat lemah dan akhirnya dia melepaskan nafas yang terakhir.   Meninggalkan segalanya. 

Ketika ibunya datang memelukku dalam sedu sedan aku hanya tersenyum.  Dan tubuhnya kurangkul balik.  Kubisikkan ke telinganya “tapa ibu, Adan tunggu kita kat syurga”.  Ya, abang tunggu Iman kat syurga kan? Abang akan jemput Iman nantikan?

Masih aku ingat seminggu sebelum, dia ada menelefonku.  Berpesan agar jaga diri dan jaga iman.  Berpesan juga jaga ibunya dan ayahnya.  Minta aku turut menjaga adiknya.  Berpesan aku kuat dan tabah mengharungi hidup.  Dia juga berkali-kali mintaku jaga diri dan memohon maaf.  Bagai dia terasa dia dah nak pergi.  Bagai dia tahu dia akan tinggalkan semua.  Seperti dia tahu akan melepaskan dunia ini lebih awal.

Insyaallah abang, akan Iman tunaikan amanat abang.  Akan Iman jaga amanah abang buat Iman.  Akan Iman jaga semuanya abang.  Abang tunggu Iman di syurga ya??  Abang tunggu tau.  Iman akan pergi jua kat abang.  Iman janji

Diana Iman

p/s--citer nie angan cahaya jea..tader kaitan antara yang masih ada ataupun dah tada

No comments:

Post a Comment