....inI AdaLAh CrAyoN waRnA WarNI seCRet tARi KaNAk-kANak MaTEmatIKa....

~~kengkawanz~~

Tuesday

siapa kamu yang disana





credited to 3.bp.blogspot.com


Tangan kiri meraup anak rambut yang mencecah dahi.  Angin halus meniup muka.  Ahh...sejuk.  Permandangan dari tingkat 15 apartment Mutiara bagai menarik-narik mata agar tak lepas memandang ke bawah sana.  Seperti hari-hari lalu, dia ada di situ.  Memeluk file holder hijau fluorescent dan menyandang beg lusuh merah jambu di bahu kanannya.  Ada sesuatu tentang dia.  Arghh!!  Bingung...


Sejak sebulan lepas aku jadi macam nie.  Bermula 25 Februari pukul 21:45.  Hari tu amat serabut.  Bagai nak pecah otak bahana presentation berturut-turut selama seminggu.  Botol coke di bawa ke rengkung sambil bersandar ke palang beranda.  Sejuk terasa bila air karbonat itu membasahi tenggorok.  Dan disitu la mata ini menangkapnya.  Sayu jea muka dia.  Berbaju kurung bunga tabur warna hitam kelabu.  Kejap-kejap dia mencangkung di kaki lima depan Watson seberang jalan.  Lenguh mungkin.  Tepat jam 22:15 sebuah wira silver berhenti tepat depat Watson dan dia pun hilang.  Aku tak tahu kenapa tapi ada yang membuat aku menapak lagi ke beranda malam keesokan dengan harapan dia ada.  Yes!!dia ada.  Dengan baju kurung hijau muda dan tudung kuning air.  Lembut....

Dan selama sebulan aku bagai melupakan terus hidup malamku.  Walaupun aku bukan dikategorikan spesies menjalar malam-malam tapi aku dulu giat jugak ambil angin malam.  Lepak di mapley..dua tiga batang rokok tu macam tak terasa pun.  Tambah-tambah kalau malam stress macam ni.  Sekotak semalaman macam tak terasa pun.  Tapi sekarang aku lebih tenang lepak di beranda dengan coke atau pepsi.  Sambil bersandar siku di palang beranda dan memandang ke sana.  Tepat 21:30 dia akan keluar dari tangga kecil tepi Watson.  Dengan file holder hijau fluorescent dan beg lusuh merah jambunya.  Dan bagai rutin tepat pukul 22:15 pasti ada wira silver yang akan menjemputnya.  Setelah yakin dia pergi baru aku akan masuk dan menutup pintu sliding beranda.  Setelah aku amati rupa-rupanya ada pusat latihan bahasa kat tingkat atas wisma Langgar tu.  ouh..seumur aku hidup kat apartment nie baru perasan ada kelas kat sana.

Hari ini aku tak tahu kenapa tapi memang bagai nak meletup.  Bermula dengan aku kena marah dalam kelas Puan Raihan dan kena hantar report setebal 85pages dalam 3 hari kat dia.  Seterusnya aku pi kafe dengan sebal teramat and air horlick ais aku melimpah ke lantai sebab ada mamat senget langgar tray aku dan sekarang aku tersepit di jalan bawah Banggol kerana enjin Satria Neo aku tiba-tiba mati taknak hidup..Aargghhhhhh
Bodoh punya kereta..

Hanya selepas pukul 23.45 baru aku sampai kat apartment sebab tunggu pomen tak sampai-sampai...menyakitkan hati betul.  Hati ni kecewa sangat sepanjang melangkah ke dalam lif.  Sebab aku yakin dia dah tak ada.  Mesti dia dah pergi.  Ishhhh!!!!

Sampai kat ruang tamu apartment semangat aku dah lari.  Beg laptop dan beg sandang dah elok tercatuk depan pintu.  Pintu peti ais dibuka dan botol pepsi less sugar ditarik dari poket pintu.  Remote controller astro ditekan lalu punggung di labuhkan ke sofa.  Ingatan aku masih kepada dia.  Galak Tom mengejar Jerry di kaca tv tak aku hiraukan.  Fikiran masih melabuh pada dia.  Bagai terbayang file holder hijau dan beg sandang merah jambunya.  Apa khabar dia malam ni.  Arghh!!!serabut..

Kaki tanpa disuruh berjalan laju ke pintu sliding lalu selak ditarik..angin menerpa masuk apabila sliding dibuka.  Kaki lima depan Watson kosong dan aku tetap tercatuk di palang beranda.  Akhirnya aku duduk menghulurkan kaki ke bawah.  Meletakkan siku ke palang besi dan membiarkan kaki bergantung ke bawah.  Rimas...bukan rimas.  Tapi rindu.  Yapp...aku rindu nak menjenguk dia.  Pasti wira silver itu telah lama membawa dia pergi.  Aku bencikan wira silver itu.  Wira silver yang sering meragut dia dari aku. 

Petang keesokannya aku menjenguk Watson.  Mencari krim melecur.  Aishh...kalau bukan kerana kopi panas tadi tumpah ke tubuh takkan aku menjejak kaki ke sini.  Watson yang famous dengan pengunjung wanita nak mencari produk simplysiti...bukan aku tak tahu budah-budak pompuan sekarang.  Lepas siap membayar perlahan-lahan aku menuruni tangga batu kaki lima.  Sempat aku menjenguk tangga kosong pusat bahasa tu.  malam ni dia pasti ada.  Dan aku tersengih sendiri.  Baru tiga langkah, aku tengok file holder hijau terselit bawah timbunan plastic atas tar.  Dah kotor.  Dan aku kenal file holder ni.  Milik dia.  Walaupun dah teramat kotor tapi aku masih cam.  Mungkin dia tercicir semalam.  Aku cepat-cepat bawanya ke apartment aku.  Duduk jea di sofa aku mula menyelongkar.  Semuanya kertas-kertas pembelajarannya.  Ada tercatit namanya.  Darmia Aisya binti Zulkifli, umur 19 tahun.   Muda lagi...muda 3 tahun dari aku.  Wahh..ada jodoh nie.  Tekad aku malam ni aku akan ke sana.  Menanti depan Watson sehingga dia keluar.  Menanti sehingga wira silver itu membawanya pergi dari pandanganku.

Lama aku menanti hinggalah aku sedar dentingan jam pukul 21.15.  Cepat aku bingkas bangun.  Mandi secara ala kadar.  Dan aku berlari-lari ke seberang jalan sana.  Pukul 21.35 baru ramai pelajar pusat bahasa turun memenuhi kaki lima.  Aku hanya berdiri.  Menunggu dan menuggu.  Tapi kelibat dia tak ada.  Sampai lah pukul 12 tengah malam.  Akhirnya aku pulang dengan hampa.  Malam esoknya aku pergi lagi tapi masih begitu.  Dia tak ada.  Seminggu aku ulang-alik ke sana tapi tetap pulang dengan hampa.  Sampai lah tekad aku ini malam terakhir aku menunggunya.  Ada jodoh, ada lah dia.

Aku menanti sehingga jam 22.25 dan aku tersenyum sendiri.  Lupakan dia Syah..dia bukan ditakdirkan buatmu.   Aku cepat-cepat naik ke pejabat pusat bahasa.  Sebelum pejabat tutup baik aku hantar file holder kat sana jea.

“cik, saya nak hantar barang pelajar kat sini.  Saya ada terjumpa file ni dan saya expect ni hak student sini.”aku senyum kat gadis comel depan kaunter.

“oh, sekejap jea encik.”  Dia belek-belek file holder tu.  “oh ni milik student kami.  Tapi dia dah meninggal 2 bulan lepas.  Accident depan Watson bawah ni.  Maaf yer, encik boleh buang jea file nie.”

Watt!!!???accident 2 bulan??yang aku dop tengok sebelum nie sape?

“maaf cik, boleh saya tahu accident bagaimana?”aku mengesat keringat kecil di dahi.

“tak silap saya kena langgar dengan kereta wira kaler silver macam tu la..pemandu tu mabuk.  Kes langgar lari..”

Ya Allah..aku hanya meraup wajah...bagai mengimbau kembali detik-detik aku memandang dia dari atas.  Kereta wira silver yang membawa dia.  Dan.......Ya Allah..aku baru perasan..Dia tak pernah naik kereta tu.  selalunya berlaku dia menuruni tangga dan wira silver itu akan sampai.  Lepas tu wira tu berlalu dan dia tak ada.  Ya Allah................apa semua nie...

Aku hanya mampu duduk.  Terdiam dan memeluk kaki..lututku saling berlanggar dan aku hanya mengucap panjang..siapa dia Ya Allah....

p/s--hanya angan semata-mata

No comments:

Post a Comment