Kelip-kelip terbang tinggi..bawa cahaya dengan perut boyot sambil
kipas kepak. “Ein..hidup kita di dunia
ni hanya persinggahan. Entah esok entah
lusa Ein, Allah panggil kita ke sana. Alam
abadi.”
Allah….dia dah bagi tanda
Ya Allah. Kenapa aku tak
perasan. Senyumnya malam itu bukan
senyum biasa. Itu senyum duka. Senyum yang dia tinggalkan pada dunia. Senyum yang dia sendiri tidak mahu jadi
kenangan untuk dikelek ke sana.
“Ein..matinya anak Adam itu, semua di bawa pergi. Kecuali tiga perkara. Sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat dan doa
anak-anak soleh.”
Aku hanya memandang kosong wajahnya yang masih tersenyum
kelat memandang ke atas. Leka dengan kelip-kelip
yang terbang tinggi. Mata bundarnya
seakan bercahaya. Senyum yang
tersungging di bibir makin pudar seraya pudar sinar matanya.
“Ein, saya tak punya harta untuk disedekahkan..”
ahh..sedekah kudratmu, sedekah kasihmu, sedekah hatimu padaku lebih bernilai
dari harta-harta yang ada di dunia ini sayangku.
“Ein, saya tak berilmu tinggi. Macam mana saya nak menyampaikan ilmu yang
bermanfaat pada orang..” ilmu agama yang
kau selalu terapkan padaku sangat bermanfaat sayangku. Dengan sabar kau mengajar aku merangkak ke
jalan pulang hingga mampu bertatih.
“Ein..anak-anak pula bukan rezeki saya. Apa lagi yang tinggal jika saya pergi Ein.” Aku nampak matanya bergenang. Pantas jari telunjuknya menyeka bibir
mata.
Sayangku. Kau masih
ada aku untuk mendoakanmu. Kau masih ada
aku untuk senantiasa bersedekah atas namamu.
Kau masih ada aku untuk terus menyampaikan ilmu-ilmu sanubari yang ku
pelajari dari tingkah lakumu.
“Ein..kalau mampu di pilih untuk pergi esok atau lusa, saya
pilih sekarang Ein. Sebab saya risau
esok atau lusa, hati saya dibalikkan dari jalan hakiki.”
Aku diam memandang dia.
Kenapa tidak aku peluk tubuhnya. Kenapa
tidak aku rangkul badannya. Aku menyesal. Sangat menyesal. Kenapa aku buta dari menyedari yang dia akan
pergi selamanya tanpa mampu lagi aku rasa hangat batang tubuhnya.
Dan…bilamana hari ini aku lihat nisan bertanda biru bawah
pohon cempaka putih itu aku dihurung rindu.
Rindu aku padamu sayangku. Rindu yang
tak mampu aku luahkan kecuali pada Dia. Rindu
yang aku sendiri sakit untuk mengaku. Aku
rindukan senyummu sayang. Aku rindu
kata-katamu memberi semangat bila aku jatuh.
Sayangku. Damailah di
sana. Perjuanganmu di dunia sudah
selesai. Ini masanya kau rehat tanpa
beban masalah yang bertimpa. Terima kasih
sayangku kau temani perjalanan hidup ini walaupun seketika. Tapi kenangan kita lebih sedepa.
"Ein, jika saya pergi dulu. Jangan menangis. Hiduplah sejuta tahun lagi, lakukan amal kebaikan. supaya kita tidak sesal kemudian hari."
p/s: damailah sayang
No comments:
Post a Comment