....inI AdaLAh CrAyoN waRnA WarNI seCRet tARi KaNAk-kANak MaTEmatIKa....

~~kengkawanz~~

Friday

kekasih hati

duhai kekasih hati
belahan jiwa ini
ingatlah sendiri
bahawa aku ini serikandi
yang hati halus walau tak selembut bidadari
tapi masih perlu dibelai jari-jemari

duhai kekasih hati
pengubat raksa luka hati
pemberi madu bila disakiti
jangan kau abai hati yang sekeping ini
kerana bila luka disakiti
ia bakal mendendami

duhai kekasih hati
pemilik jiwa teguh ini
jangan kau buang aku sendiri
kerana jika aku sudah mampu berdiri atas kaki sendiri
hati ini belum tentu mahu kembali
dalam teratak cintamu yang sepi

duhai kekasih hati
ya habibi cinta naluri
ajarkan aku tentang Islami hakiki
kerana aku juga mahu pergi
menjadi penghuni syurgawi

duhai kekasih hati
andai aku pergi
doakan aku setiap hari
supaya menjadi ketua bidadari
yang setia menanti kekasih abadi
untuk menjadi teman hakiki

No comments:

Post a Comment