....inI AdaLAh CrAyoN waRnA WarNI seCRet tARi KaNAk-kANak MaTEmatIKa....

~~kengkawanz~~

Saturday

kerana cinta mama 4

4


Hari ini genap tujuh hari mama pergi.  Tanah kuburnya masih basah.  Arwah mama dikebumikan rapat ke kubur papa bawah pohon kemboja rendang. 

Makcik Tipah dengan Kak Mariam sibuk berceloteh sambil menyiang sayur nak dibuat masak lemak.  Malam ini kenduri tahlil dan doa selamat hari tujuh.  Kak Mariam yang tengah sarat mengandung tak berhenti cerita.  Ada sahaja celotehnya.  Pasal karenah anak muridnya di tadika.  Menantu makcik Tipah ni serasi dengan mertuanya.  Dua-dua panjang akalnya dalam bercerita.  Tak pernah mulutnya nak lenguh.  Macam murai.  Bibirku tak putus menyungging sengih kerana terusik dengan celoteh mereka berdua.  Terubat rasa rindu pada mama.  Hilang seketika sedih yang mengulit hati. 


Mama pergi dalam sujud subuh terakhir.  Seperti biasa setiap pagi Jumaat, subuh mama dan aku di surau.  Kebiasaan yang papa ajar dan semaikankan.  Sebaik salam diberi mama masih bersujud.  Bila bahunya digerak barulah semua sedar mama dah dijemput menghadap Illahi.  Selepas zuhur jenazah mama selamat dikebumikan.  Jiran tetangga tak putus ziarah.

Malah malamnya juga kak Mariam mengangkut semua askarnya, Daniel, Danish dengan Rizqie tidur di rumahku.  Buat hilang sunyi katanya.  Suami kak Mariam askar di sempadan.  Jarang dapat pulang.  Aku lagi berbesar hati kak Mariam sudi datang.  Aku risau aku hilang pedoman bila teringat setiap haruman mama.  Aku juga senang kalau askar-askar kecil kak Mariam selalu datang.  Ceria sedikit rumah.  Ada saja mainan mereka. 

Aku pun turut mencadangkan kak Mariam bila berpantang nanti biarkan askar-askarnya di sini sahaja.


Sejujurnya aku cuba menyembunyikan rasa terkilan, kerana aku selalu melengahkan permintaan mama bertemu keluarganya akhirnya mama pergi tanpa sempat menatap wajah ibu bapanya tersayang.

No comments:

Post a Comment