....inI AdaLAh CrAyoN waRnA WarNI seCRet tARi KaNAk-kANak MaTEmatIKa....

~~kengkawanz~~

Saturday

kerana cinta mama 5

5


Aku memandu perlahan menyusuri jalan kecil melalui batas sawah padi.  Selepas melepasi tujuh lapan petak sawah aku berhenti di pinggir jalan bila ku sedar hutan seperti menebal di hadapan dengan kelapa sawit di kiri kanan.  Habis laaa rasa macam sesat je.  Nak u-turn pun tak lepas ni.  Nak menangis pun ada bila tengok matahari dah di hujung kaki langit.  Arghhh!!! Air yang bertakung di tubir mata ku seka.  Apa pun yang ada kat depan sana harapnya yang baik saja. 

Bismillahitawakal taalallah….aku baca bula ayatul kursi.

Habis je ayatul kursi aku tekan minyak.  Dalam hati dah macam kompang dipalu pengantin malu, ewwaah.  Makin jauh aku masuk kebun kelapa sawit makin gelap pula rasa.  Dalam kepala dah bermain macam-macam lembaga.  Seumur hidup aku tak pernah memandu malam sendirian.  Aku penakut.  Ya aku mengaku. 


Silapnya tadi aku berhenti lama di hentian R&R Titiwangsa.  Terpukau dek keindahan banjaran yang menjadi tulang belakang Semenanjung Malaysia yyang menganjur dari sempadan Thailand ke Negeri Sembilan seterusnya ke Johor. 

Ahh…Titiwangsa, megah berdiri seperti mana seperti mana Malaysia berdiri indah. 

Aku kerling jam di dashboard kereta.  Baru 7.30 tapi kenapa dah macam pukul 2,3 pagi.  Air mata dah mengalir lebat.  Mama..papa…takuttt………

Kereta dah mula melalui jalan berbatu.  Jalan tar dah habis lebih kurang 500 meter tadi.  Aku pandu makin perlahan.  Satu, aku takut tayar kereta lari ke pinggir jalan sebab batu-batu kecil terasa seperti longgar.  Dua, aku tak Nampak.  Cermin mataku dalam handbag dan beg tanganku dalam bonet kereta.  Pandainya aku.  Cerdik sangat.  Nak berhenti buka bonet aku takut.  Di tengah kebun sawit begini macam-macam boleh jadi.  Kalau bukan serigala ada harimau.  Kalau bukan harimau, penyamun.  Nauzubillah min zalik. 

Dari jalan berbatu aku masuk pula ke jalan tanah merah.  Habis la kereta aku kena servis extra la nanti.  Selepas lebih kurang lima belas minit aku nampak cahaya lampu berbalam-balam.  Macam kawasan perumahan.  Dadaku kembali dipukul rebana. 

Teringat cerita abang Hussain suami kak Mariam yang turun mencari rakan sekerja yang hilang.  Bila dijumpai mereka sedang lena tidur beralas duri keman.  Rupanya mereka terjejak kaki ke perkambungan bunian. 

Aku berhentikan kereta.  Air mata yang merembes ku sapu laju.  Kata abang Hussain kalau rasa tu bukan “tempat” kita jangan masuk.  Minta maaf dan minta izin. 

“Bismillah..Assalamualaikum.  Saya minta maaf kalau dah terlanggar kawasan.  Saya sesat, ni nak patah balik la ni.”  Baru je aku nak masuk gear reverse, tingkap kereta diketuk dari luar. 

“MAMAAA!!!!” 

Aku pandang luar dengan mulut terketar-ketar.  Cahaya lampu suluh macam berebut-rebut nak suluh muka aku.  Bila tingkap diturunkan aku dengar salam diberikan.  “Jangan jawap!” pesanan abang Hussain macam menjerit di kepala. 

“Kamu sesat ka?”  Aku angguk.  Lepas tu pakcik-pakcik beserban dengan lampu suluh macam AJK pejabat agama tu bercakap sesama sendiri dengan loghat yang aku tak berapa faham.  Tapi pernah aku dengar mama cakap dengan papa dalam loghat yang sama. 

“Dari mana?” 

errr…aku garu kepala tak gatal.  “Jalan besar?”  Aku jawap tak yakin sambil tunjuk ke belakang.  Ya Allah selamatkan hambaMu yang selalu alpa ini. 

“Cari siapa?”

“Haji Deraman.”  Lampu suluh dah berkurang dah memancar mata aku.  Silau macam berbintang-bintang. 

“Saya la Haji Deraman.  Kamu siapa?”

Diam.  Liurku telan.  Sunyi.  

No comments:

Post a Comment