....inI AdaLAh CrAyoN waRnA WarNI seCRet tARi KaNAk-kANak MaTEmatIKa....

~~kengkawanz~~

Saturday

kerana cinta mama 8

8


 “Abang sudah la tu marahnya.  Budak tu dah tak ada dah.”

“Hati saya ni hancur dah.  Kita didik dia dari kecil tapak tangan ni.  Saya sayang dia, manjakan dia.  Apa kurangnya Aizat tu, cukup.  Sempurna.  Tapi dia lari pergi ikut budak cina tu jugak.”

“Itu kan kisah lama.  Bukan jodohnya dengan Ijat tu.  Nak buat macam mana.”

“Awak tak rasa apa saya rasa.”

“Saya ni ibu dia.  Saya lebih rasa dari abang.  Sakit bersalinkan dia pun tak hilang lagi.”

Haji Deraman meneguk air dari cawan putih corak bunga ros kecil ditabur.  Mama pun sukakan ros. 

“Sudah-sudah la marahnya.  Cucu kita datang abang pulak buat perangai.”

“Itu bukan cucu kita.  Saya taka da cucu macam tu.  Aurat tak jaga.  Gaya budak Bandar.  Cakap orang bandar.  Saya tak ada cucu macam tu.”


Aku diam.  Hanya jadi saksi tok ma dan tok abah bergaduh di meja makan.  Papa pernah berpesan, depan rezeki jangan bergaduh. 

Tanpa sedar keluhan berat kulepaskan.  Aku memang tiada sifat melayu.  Bila dewasa aku mula mewarisi wajah papa.  Sekali air bah, sekali pantai berubah.  Dan bila berkali-kali air bah yang merubah pantai belakang rumahku, tanpa sedar aku juga turut berubah.  Wajahku seperti fotostat muka papa, kecuali hidungku yang masih mengikut mama.  Degil betul hidung melayu ni. 

Aku juga bukan seperti anak cucu tok abah yang lain pakai tudung pakai baju labuh.  Arwah mama dan papa selalu menegurku tentang aurat dan ikhtilat.  Aku juga sedar muslimah sejati tak akan membuka auratnya.  Kata mama “Takpa sayangku…satu persatu.”  Aku juga masih bertatih.  Cuba menutup aurat dengan sempurna cuma masih belum mampu. 

Bahasaku, loghatku semua tidak seperti melayu lain.  Pekat dengan loghat dan dialek sendiri.  Aku sudah bercampur bergaul masam masin manis sebati.  Ada melayu, ada bidayuh, ada iban, ada cina.  Aku lambang satu Malaysia.  Iya…aku ikon perpaduan.  Perpaduan cinta antara tanah semenanjung dan tanah borneo. 

“Ikut perangai bapaknya.  Baguslah tu itu la jadinya.”

Aku diam.  Mama, ini bukan tempat Zara.  Maafkan Zara mama.  

No comments:

Post a Comment